Tuesday 12 January 2016

Part One

"Awak kena handle kes ni.." Fail biru bertukar tangan. Kaget Nurul membaca masalah pesakit yang bakal dihadapinya.

" Kenapa saya? Bukan kalo doktor lelaki yang uruskan lagi senang? Pesakit ni macam berpotensi untuk mencederakan sesiapa yang menghalang dia.."

Dr. Harni senyum nipis. "Sebab tu mungkin dia perlukan perhatian daripada seorang perempuan." Jawapan Dr.Harni menyebabkan Nurul lepas ketawa.

"Doc, alasan tak logic langsung.."

"Kalau awak berkeras untuk menolak kes ni, saya bagi tempoh dua bulan untuk percubaan, jika pesakit masih dalam tekanan, kita tukar doktor.." Dr. Harni buat tawaran.

"Deal. Saya cuba sebaik daya saya. Kalau masih tiada perubahan, sila la tukar doktor lain.." janji Nurul sebelum kembali ke pejabatnya.

Dalam langkah kembali, di mengomel sendirian. Marah akan diri yang tidak mampu menolak kes sedemikian rupa. Bukannya tiada doktor lain yang tidak bertugas atau lebih mahir dalam mengendalikan kes sebgitu rupa.

Apalah nasib badan. Janji dengan Sis Ati nak pi travel sesama. Paksa cancel lagi..

Telefon pintar dikeluarkan daripada jubah doktornya. Aplikasi whatsapp  dibuka. Nama Sis Ati dicari.  Ikon telefon ditekan. Tidak sampai 1 minit panggilan dijawab.

"Yo~ dapat cuti tak?" Suara gembira Sis Ati kendengaran di hujung talian. Ah~ rasa nak menangis pulak tak jadi cuti.

"Nope. I kena handle satu kes kat Bukit Bintang."

"Kes apa kat BB tu? Havoc nau pesakit kau duduk kat Bukit Bintang tu.." Sis Ati menekankan suara pada 'Bukit Bintang'. Iye la. Kebiasaan orang kaya, orang kenamaan atau artis saja yang memiliki kediaman di Bukit Bintang. Ni pesakit mental.

"Adalah. Fotographer tertekan kena tingga bini sehari. So, tak leh terima dia kena sakit mental.."

"Dah tu kau tak leh nak join aku ke Pulau Pangkor la ni??" Suara Sis Ati lemah. Mana tidaknya rancangan mereka berdua setelah sekian lama. Untuk bercuti bersama-sama tidak kira ke mana jua. Dulu janji nak ke South Korea, tak dapat jugak nak pegi sama.

"Tak la maksudnya. Tapi orang nak pegi jugak. Tapi hangkut pesakit. Amacam? Hee~ Tengok dulu macamana okay, orang tak janji.."

"Yela.. Aku baru ingat nak book ticket kita dua ni.. "

"Nanti apa-apa, orang whatsapp sis..." panggilan ditamatkan setelah bertukar cerita. Telefon pintar dicampakkan di atas meja. Buat sekian kali fail pesakitnya yang baru diterima dibelek lagi. Cuba untuk menerima hakikat yang dia telah menerima kes ini walaupun hati masih mendongkol mahu bercuti.


Nama: Aqmal Razif Bin Mahdi
Umur: 28 tahun
D.O.B: 04.06.1985
P.O.B: Hospital Kuala Lumpur
Pekerjaan: Jurugambar Bebas
Alamat terkini: Bukit Bintang


Hensem. Tapi ada masalah. Dia mengeluh lagi.

"Adeh~ Nurul Khalis, terima lah hakikat yang awak tu tak boleh bercuti." Ucapnya pada diri.  Meletakkan tangan di bahu sendiri.

"Kau muncung je kenapa? Ada receive kes baru ke?" Intan teman sepejabat menegur.  Perlahan Nurul mengangguk. Fail pesakit dihulurkan kepada Intan. Belum sampai fail itu ke tangan Intan ditarik kembali.

"Dr. Harni tak bagi share. Private and condition." Hee~ Gigi ditayang. Intan mencemik. Tanda tidak puas hati.

"Special case ke? Hospital ke luar hospital?" Nurul mengangguk lagi.

"Dia dah keluar hari ni. Tapi kena sentiasa follow up sebab dia ni berpontensi untuk stage bahaya."

"Dah tu kenapa keluar kan?" soal Intan tidak puas hati.

"Atas desakan keluarga. Dorang tak nak anak dorang rasa tertekan duduk hospital lama-lama." Terang Nurul.

"Pelik aku. Dah nama sakit. Duduk je lah hospital ni. Bukannya ramai pun orang. Boleh dibilang dengan jari je.."

"Dah orang tak nak, Intan. Nak buat lagu mana.. Kang takut, tak pasal-pasal dorang pulak gila.." 

Mentaliti masyarakat memang payah nak dibuang. Asal sakit mental saja, gila. Asal gila sakit mental. Sedangkan sakit mental tu ada banyak cabangnya.

"Kau kena follow up data dia kat rumah dia la ni? Buatnya kalau dia tak terima kedatangan kau macamana?"

"Aku bedal je la. Janji lepas dua bulan, kes ni tak settle lagi Dr.Harni pas dengan orang lain. Tak kuasa aku nak hadap orang macam ni lelama."

"Family dia tak leh nak take care dia ke?"

"Entah. Itu aku tak tertanya pulak dengan Dr. Harni.. " Mindanya laju mencerna. Aah~ kata tak nak pesakit dok hospital lelama, dah tu kenapa perlu pantauan doktor? Duduk hospital lagi much better kan?

"Ah~ malas aku nak fikir. Whatever aku kena pantau dia dalam dua bulan, dia sihat or tak, terpulang pada dia."

"Apa punya doc la cakap gitu.. Macam tak ikhlas treat patient je.."

"Memang tak ikhlas, cutiku diganggu~~~" raung Nurul. Konon bersedih cuti terpaksa dibatalkan.




Don't forget your appointment at 10.

Pesanan ringkas daripada Dr.Harni membuatkan Nurul tidak mahu berpisah dengan katil. Gosh~ Why me to go there?? Hati Nurul menangis sendirian. Apalah nasib duhai hati~ Masih hendak meratapi ketidaksudian untuk menjaga si pesakit. Nurul Khalis Megat Mansur! Wake up dear. Bukannya selamanya kau tak boleh pergi holiday.

Lantas Nurul bangkit. Bersiapa untuk ke Bukit Bintang. Meninjau pesakitnya. Harap semuanya akan berlalu dengan cepat. Malas benar dia mahu meratap ketidakrelaan hatinya untuk memantau pesakit ini.

Alamat di tangan dibaca berulang kali. No 307. Betul la address ni.. Tapi kenapa kawasan rumah ni mcam tak serupa ada orang. Loceng ditekan berulang kali. Tiada jawapan daripada tuan rumah.
Mana pergi orang dalam rumah ni? Habis sekeliling rumah dipusing. Tiada riak seperti berpenghuni. Seriously,doc? Bibirnya tersenyum sunging. Terasa seperti dipermainkan lah pulak.
Tiba-tiba kedengaran cawan kaca pecah. Dan suara orang mengerang.

"Mal, dah la tu.. Sampai bila kamu nak macam ni?" Kedengaran suara seusia ibu berkata. Sedih. Nurul menarik nafas panjang. Simpati melimpah dari hati perempuannya. Muka sikit punya hensem la kena tinggal dengan bini. Apa punya perempuan perrgi tinggalkan lelaki sikit punya hensem tu. Nanti kalau aku dah terpikat, jangan gatal nak meroyan nakkan laki kau balik.Hish~ apa ni Nurul Khalis. Dah terpesong dah niat tu.Siapa tahu ada jodoh. Novel la katakan.

Untuk kesekian kali loceng ditekan lagi. Namun, tidak sampai 5 saat,pintu terbuka dan tubuhnya dirangkul erat.

"Intan, Intan balik dengan abang, sayang.." sedu lelaki itu. Ah~ sudah.. Ibu pesakitnya hanya terkedu melihat anaknya sedemikian rupa. Memeluk random girl yang disangka isterinya. Dup dap dup dap jantung den. Mana la taknya. Diri ni masih suci lagi daripada pelukan mana-mana lelaki bukan mahram tau.

Nurul kelu. Hendak ditolak pesakitnya. Silap hari bulan ada juga dia kena penampar kat situ. Tapi, si ibu memerhati dengan mata yang sedih bercampur terkejut. Juga kaku tanya sebarang reaksi.

"Err~ saya your doc. Not your wife.." Perlahan Nurul menolak tangan sasa itu daripada terus merangkul dirinya yang lebih halus daripada teddy bear 2.0 meter tu.

"Intan jangan tipu. Abang tahu abang salah. I'm so sorry sayang.." Makin erat tubuhnya dipeluk lelaki itu. Parah benar lelaki ini

"Hai. Assalamualaikum puan.." Tangan dilambai sambil minta bantuan S.O.S daripada si ibu. Tolong la. Den nak pengsan dah kena peluk kuat gini. Lama-lama den pulak pengsan ni ha~

"Aqmal.. Dia doktor kamu tu.. Bukan bini kamu tu.." si ibu cuba menarik sang anak daripada memeluk cik puan doktor.

Aqmal, sang pesakit memandang ibunya dengan tajam. Marah dengan penyataan si ibu. Nurul pula hanya terkedu dengan reaksi mereka berdua. Aku tersepit!!




"Sebenarnya Aqmal tu anak buah saya. Sebab itu, saya nak minta tolong awak tengokkan dia.." Suara Dr. Harni terngiang di telinga.

"Why?"

"Cause family can't treat family, remember?" Dr.Harni dengan senyuman hambar. Nurul sengih sumbing. Ha, terlupa pulak dia.

"So, what should I do with this patient? Dia masih kenal mana satu bini dia right?"

"Why you asked like that?" Dr.Harni ingin tahu jika anak muridnya bermaksud lain.

"Nope. I mean. Sometimes bipolar patient denies the truth. Isn't gonna happen to him too?" Persoalan Nurul menarik seribu keluhan Dr.Harni.

"It's hard to say, Nurul. He seem like don't want to accept the truth that young woman left him because of..." Dr.Harni tidak menghabiskan kata. Seakan tidak mahu mengembalikan ingatannya pada memori yang lalu.

"Never mind, doc. I'll try my best. Kalau dia tak berubah. It's your decision then.." Nurul memujuk. Yap. Dia hanya mampu berusaha yang terbaik. Selebihnya terpulang kepada pesakit sama ada ingin menerima kenyataan atau terus hidup dalam fantasi. Dan selebihnya Allah yang menentukan semuanya.




"Okay. Saya dah balik. Jom masuk. Kasihankan saya berpanas di luar ni.." Nurul mengikut rentak Aqmal. Tak sanggup melihat wajah suram sang ibu melihat anaknya.

"Janji dengan abang, Intan takkan pergi lagi.." Si pesakit menuntut janji. Memandang tepat dalam matanya. Nurul kaku. Aik~ encik jantung ni dah berdetak lain. Tak pernah Iqmal nak tenung dalam mata aku ni. Haish~ Nama seakan-akan pulak. Iqmal, bekas kekasih berhati batu, Aqmal, si pesakit berhati kaca.

Nurul sengih. "Iye. Saya tak pergi. Tapi takkan la saya tak boleh pergi kerja kot.." Mula menyusun taktik dengan si pesakit. Sang ibu memerhati daripada jauh. Bimbang jika si anak mengapa-apakan cik puan doktor ni.

Aqmal seakan mencari kata. Di saat kelekaan itu, dia menolak perlahan tubuh Aqmal masuk ke dalam. Sudah lah dengan shirtless dia tu, ada hati nak peluk orang. Ni kes bangun tidur terus cari bini apa. Detik hati Nurul.

"Hai. Assalamualaikum.." tangan sang ibu digapai. Dicium lembut. Sejuk perut ibu mengandungkannya, bisik hati sang ibu.

"Saya Nurul Khalis. Dr.Harni suruh saya tengok-tengokkan puan dengan Aqmal.." Dia perkenalkan diri.

Aqmal menjadi pemerhati meningkah. "Nama Intan bukan Intan Zahida ke? Siapa Dr.Harni? And why you called ibu 'puan'?" Tajam matanya menjeling minta penjelasan. Sibuk betul. Suka hati lah orang nak cakap apa pun.

"Aah. Ada orang kirim salam dengan ibu, namanya Nurul Khalis dan Dr.Harni. Cuba dengar betul-betul orang nak cakap apa. Kalau tak nak, baik pergi mandi. Kita sarapan sama." Nurul memaniskan muka sedaya upaya. Mee goreng mamak yang dibeli di warung seberang jalan ditunjukkan.

Banyak la kau punya sarapan. Sekarang dah jam 11 dah, nak masuk lunch dah pun. Nasib badan la kena tipu pesakit gini.

"Dah. Kamu naik mandi, ibu dengan Intan siapkan makanan kamu.." Si ibu menggalakkan sang anak.
Aqmal memandang dengan penuh curiga. Barangkali takut ditinggalkan untuk kesekian kalinya.

"Intan ikut abang. Kalau tak nanti Intan lari lagi.." pergelangan tangan Nurul  digenggam erat.
Nurul sengih sumbang. Suka suki dia ja nak pegang tangan orang. Tahu tak orang ni bukan bini dia. Hati Nurul mendengus.

"Tak ada lah. Ibu tahan dia kat bawah ni.. Pergi mandi. 30 minit nanti Aqmal turun balik, Intan ada sini. Ibu janji.." Pujuk sang ibu.

Dengan langkah ragu-ragu, Aqmal perlahan-lahan menapak ke tingkat atas. Lambat juga dia melangkah kerana takut sekiranya si ibu tidak menunaikan janji atau si 'isteri' memungkir kata.
Nurul menarik nafas panjang setelah Aqmal hilang ke tingkat atas. Wajah sang ibu yang tadinya suram mula berubah cuaca.

"Terima kasih sebab datang.." Ucap Puan Harya ikhlas. Tubuh Nurul dipaut ke dalam pelukannya. Hati tuanya menangis sama dengan air mata yang mula mengalir.

"Tak ada apa-apa, puan. Dah kerja saya.." Kata Nurul sambil disapu lembut belakang si ibu. Mengerti kesedihan ibu tunggal yang sudah tidak punya sesiapa itu. Pada siapa lagi hendak dia mengadu jika si anak sakit begitu.

Chop! Dah kerja kau? Bukan kau merana nak cuti ke? Ehe~ Nurul, lepas kena peluk dengan 'suami' tadi terus dah tak ada apa-apa ke?? Ehem, ehem..

"Puan memang tinggal dengan pesakit ke?" Nurul memulakan sesinya. Sementara si anak merapikan diri.

"Panggil ibu, nak.. Kamu kan menantu ibu.." Sela si ibu dengan senyuman yang menyimpan sejuta maksud membuatkan Nurul tersipu. Ah~ ibu dengan anak sama ja.

"Itu hanya dengan suami je saya akan panggil.. Macam janggal pulak.."

"Tak apa. Kata-kata tu ibarat doa. Mana tahu.. " Tangan Nurul laju memangkah.

"Nope. There's no such relationship between patient and doctor." Ha~ kan dah keluar speaking aku. Berabuk habis. Si ibu masih dengan senyuman.

"Kalau dah jodoh, tak ke mana. Kata ustaz Kazim.." Nurul hilang kata. Fine. We'll see then..

No comments:

Post a Comment

Suggestion? Opinion?