Friday 12 February 2016

Part Three

"N, Uncle nak beli resepi Spagetti Cinta dengan kamu." Kata Director Ike apabila N dipanggil ke biliknya.

N tercengang. " Er~ why? Spagetti Cinta to dah pun jadi menu utama Spirited Village ni, uncle nak beli apa lagi?"

Director Ike ketawa halus. "Maksud uncle, I'll pay for the resepi. Since you already put it on menu, so every penny from Spagetti Cinta is yours."

N meraup wajah. Tak percaya. "Really, but why?"

"To keep you stay. Lagipun, you been through a lot since your mom passed away.  And your father tak mau awak bertukar tempat kerja lagi."

"Ha? Kira uncle nak beli saya la ni?" Director Ike mengeleng.

"Mana sama nak beli kamu dengan beli resepi je.."

"Bagi saya, sama Uncle. Buat apa kerja sini, tapi hati saya di Unique Ramyeon? Lagipun, orang kat sini tak boleh kerja cara saya. Nak saya kerja cara mereka.." N membuka cerita.


Director Ike diam. Hanya mendengar. Bukan dia tidak mendengar dari pihak Chef Ryu dan staff dapur yang lain. Dia tak mahu pilih kasih. Tapi, kalau boleh dia mahu simpan N selamanya di sini. Supaya Irsy boleh tenang. Lagipun N berpontensi besar untuk memajukan Spirited Village.



Hari ini, cukup 2 bulan Chef Ryu bersabar dengan karenah N. Dia tahu, Director Ike favor si N, tapi itu bukan sebab N untuk besar kepala. Sudah la tak mahu dengar cakap orang. Suka hati nak ubah menu. Aku head chef ke dia head chef?

"Why should I listen to you? Savoury Chicken tu, dah stay in our menu since 3 years. It's been awhile and people keep asked for it. So, tak ada reason kita nak change Savoury Chicken tu pada benda lain."

"But, this month, I can't see savoury chicken order come in. People keep asking for a new menu such as Spagetti Cinta. Tak salah kalau kita tukar benda baru.." N cuba hendak mempertahankan haknya untuk menukar menu. Bukan la sebab dia hendakkan new menu, tapi.. as sesiapa ada cadangan yang baik untuk restoran, sila kan.

"Chef Ryu, she still new to us.. How could her?" Ope mencurah minyak atas bara. Chef Ryu mendengus.

"Just because you are someone to Director Ike, doesn't mean you can step over me to concour my job.."

"Fine. I don't want too. Kalau itu yang chef fikir, better I'm off from this hell kitchen. Apa guna kalau kita masak untuk orang tapi hati kita sendiri tak bersatu.." pfft~ N membuka apron dan memcampakkannya di stesennya.

"Good. Atleast you sedar yang you tak diperlukan di dapur ni. Just get lost!" Tambah Chef Ryu. Beku. N menahan sabar. Chef Ryu banyak beri tunjuk ajar dengannya. Tapi, kalau begini tanggapan orang lain pada dirinya, dia rela masak di Unique Ramyeon selamanya.



"So, what do you think, N? Can't you stay..." Director Ike mengeluarkan intonasi suara bapa. Dalam lembut ada tegasnya.

"I'm sorry, Uncle.. N tak boleh stay kalau Head Chef N sendiri tak percayakan N. I been through a lot, so...  I met again people like him, seem like.... Unique Ramyeon just fine with me. Atleast hujung minggu ayah cakap ramai orang datang.."  N gelak sendiri.

Mana tidaknya, Tuan Irsy buat joke. "N percaya atau N, bila N balik sini je, semua orang datang. Penuhkan meja. Sampai malam. 5 hari ayah dengan Que  dan Zack, boleh bilang dengan jari la berapa kerat je.."

Director Ike memegang tangan N. Dia tahu N susah nak percayakan orang luar selain dari ayah dan adiknya, tapi sampai bila?

Tangan halus yang sedikit kasar itu diusap lembut. "Ingat, whatever happen, I'll always be here..hmm.." Ujar Director Ike membuatkan hati N tersentuh. Dia punya dua ayah rupanya. Selama ini, Director Ike yang selalu melihatnya dari jauh. Sejak Spagetti Cinta dalam menu, dia perasan gajinya ada berbeza dari sebelumnya. Tapi dia tak tahu hendak bertanya pada siapa.

Director Ike a.k.a Mikhail Ike, empunya Emperor of Corda punya 5 cawangan Spirited Village, 3 cawangan Ghibli Shopping Mall, 2 cawangan Heart Hospital ada anak seramai 3 orang. 2 lelaki dan seorang perempuan. Tapi, semuanya memilih untuk stay di Shopping Mall dan Hospital berbanding Spirited Village. Jae di Shopping Mall dan Eun di hospital. Mina pula memilih untuk mendalami bidang peragaan. Isterinya pula, hanya di rumah mengawal rumah.

N senyum. "Thanks, Uncle. For everything. Lagipun Uncle tak perlu risau, saya tak ke mana. Balik ke Unique Ramyeon. Uncle rindu saya, boleh jumpa ayah sekali." Sempat lagi N bergurau sebelum pergi dari Spirited Village.


Lama dia berdiri di depan pintu gerbang Spirited Village. Restoran yang berkonsepkan classic dan nature sangat menyentuh jiwanya. Hampir 3 bulan dia di situ. Belajar benda baru. Tapi, sebabkan dia yang suka mencuba benda baru, menjadikan dirinya saingan terhebat walaupun bagi Chef Ryu. Terima kasih semua. N ingat korang dalam doa N. perlahan langkah dibawa pulang ke tempat asal. Benar kata orang, tiada tempat yang lebih baik melainkan tempat sendiri.

"Chef~ betul ke N berhenti?" Yeol curious. Tadi dia nampak N datang Spirited Village, tapi tiada pula di bilik pekerja. Ke mana N?

Chef Ryu mengangguk lemah.

 "Chef pujuk la dia balik... Saya suka dia di sini.." Yeol merayu. Lengan Chef Ryu dipaut erat.
"Chef? Please??" rayu Yeol dengan puppy eyesnya. Chef Ryu mengeluh. Lengannya ditarik dari pegangan Yeol.

"Dah dia nak pergi, sila kan. Saya tak perlu orang macam N.." Kata-kata yang terbit dari bibir Chef Ryu mencantas segala harapan Yeol.

"Habis, siapa nak masak Spagetti Cinta lagi?"


"Lepas ni, Yuu ambil alih Spagetti Cinta. Pastikan sampai ISO N. Faham?" Tegas Chef Ryu. Yuu menelan air liur. ISO N? Phew~ N masak sedap kot..  Yuu kecut perut. Hope dia boleh. Chaiyok Yuu~ 

No comments:

Post a Comment

Suggestion? Opinion?