Tuesday 12 January 2016

Teaser _Error




Dalam percintaan takkan pernah ada kau dan aku,
Dalam perhubungan takkan pernah ada manis selalu,
Kerana semua itu asam garam kehidupan kita
Dan ianya anugerah dari Tuhan untuk manusia.

-SINOPISIS ERROR-

Ann - seorang tukang masak yang clumsy. Walaupun masakannya sedap, dek kerana sikapnya yang clumsy dan susah hendak bekerjasama dengan orang lain membuatkan dirinya sering saja dibuang kerja.

Leo - seorang artis yang suka makan di kala dia tidak mempunyai jadual lain. Dia mula jatuh cinta dengan tukang masak 'spagetti cinta'. Namun, kali kedua dia ke restoran itu, spagetti cinta sudah bertukar tangan. Siapa tukang masak 'spagetti cinta' sebenar?


Sejak daripada itu, Leo menjadi food hunter. Sekaligus menjadi dirinya sebagai salah seorang juri hebat dalam setiap rancangan masakan. Hanya kerana mencari rasa cintanya kembali.

N pula, kerana asyik bertukar tempat pekerjaan, dia give up untuk bekerja dengan orang lain selain ayahnya. Sikapnya yang suka mencuba resepi baru, membuatkan dia berjaya mengembangkan sayap perniagan Unique Ramyeon.  



Bagaimana mereka bertemu kembali? Adakah Leo berjaya bertemu dengan tukang masaknya? Adakah Ann berjaya menghasilkan satu resepi yang benar-benar diidami ramai?
Nantikan buat julung kali Error dikeluarkan daripada pena aienienka.
Berjalan bersama Leo dan Ann dalam menyelami dunia masakan dan makanan. 

No comments:

Post a Comment

Suggestion? Opinion?